Tag Archive: pengertian akikah

Ibadah Korban : Adakah Anda Telah Melaksanakan Ibadah Korban/Akikah Yang Terbaik ?

korban2

Nama saya Ustaz Mohmed Firdaus bin Masruhen, Untuk kenali kegiatan saya sila ke lelaman ini. http://www.ibadah165.org

Ada beberapa perkara yang harus Anda PERHATIKAN sebelum melaksanakan ibadah Korban ini :-

  • Adakah Anda sendiri yang membeli haiwan untuk dikorbankan ?
  • Atau Anda melantik wakil untuk  mengendalikan semua urusan korban anda.
  • Sudahkah anda pastikan hukum dan syarat korban telah anda laksanakan
  • Sekiranya Anda melantik wakil sudahkah anda telah lakukan Akad?
  • Sekiranya Anda melantik wakil adakah Wakil Anda lakukan yang terbaik buat anda.
  • Bagaimana daging Korban dimanfaat sebaik mungkin
  • Adakah harga yang dikenakan keterlaluan dan anda tiada pilihan ?
  • Dan banyak lagi perkara yang tidak sempat ditulis pada ruang ini

Apa Yang Anda Ingin Capai Apabila lakukan Ibadah Korban atau Akikah?

  • Jika melantik seorang wakil , dia adalah seorang jujur dan arif  tentang  syarat korban/akikah
  • Wakil bertugas  semata-mata untuk beribadah kepada Allah
  • Haiwan yang dikorban mengikut syariat Islam
  • Telus dengan Harga kambing yang dibelinya dan tidak  keterlaluan
  • Haiwan yang dikorban dapat sampai kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan.
  • Tiada pembaziran terhadap haiwan korban, setiap bahagiannya tidak dibuang malahan digunakan.

Alhamdulillah dengan Pertolongan dari ALLAH SWT , kami telah dapat menjayakan Projek Ibadah korban tahun 2010. Warga Jawa Timur telah mendapat sumbangan sebanyak 5500 bungkusan. Sekali lagi Alhamdulilah, Semoga Tahun 2011 , anda dapat bersama kami menjayakannya :

Kami pastikan Haiwan yang bakal dikorban mengikuti syariat Islam dan dengan Bantuan Pengawai Perubatan Dr Imam Irwanto dari Department Kesihatan, haiwan-haiwan bakal dikorbankan diperiksa sebelum dari segi umur, fisik dan kesihatan dan sesudah di sembelih untuk pastikan daging yang diagihkan selamat di makan.

Wakil-wakil Daerah tampil memberi ucapan dan kesyukuran tak terhingga. Walaupun Kesemua sumbangan datang dari Singapura, pada tahun 2011 kami ingin mengajak masyarakat dunia untuk sama-sama membantu projek ibadah korban ini melalui apa juga cara baik dari sumbangan tenaga, kewangan dan kepakaran supaya ramai masyarakat yang daif dapat dibantu dan menjadikan mereka lebih cekal dan tabah dalam menghadapi kehidupan disamping meminta pertolongan dari ALLAH SWT.

Kemudian Kami mengagihkan Daging Korban dan sumbangan wakaf  ke tempat  becana alam seperti di lapindo dan daerah dalaman dan di pinggir gunung   yang amat-amat memerlukan sumbangan berupa  daging korban.

TESTIMONI DARI PESERTA PROJEK IBAADAH KORBAN DAN WAKAF 2010

Nama-Nama Peserta Ibadah Korban 2010 dan juga Nama para dermawan projek wakaf Ibadah.Org  yang budiman

Dalam menjalankan ibadah korban yang begitu sangat dianjurkan oleh agama Islam, kita pasti ingin mencari dan mencapai kebaikan bukan untuk diri kita sahaja malahan untuk keluarga ,masyarakat dan masayarakat dunia yang amat-amat membutuhkan pertolongan dan balas ihsan dari kita semua.

Dengan kelebihan yang kita miliki dari segi harta , banyak yang boleh kita lakukan, kerana sebahagian harta yang kita miliki didalamnya ada bahagian untuk mereka yang amat memerlukan seperti tanbih oleh Syaekhuna Almarhum Syaikh Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad

“Terhadap fakir-miskin, harus kasih sayang, ramah tamah serta bermanis budi, bersikap murah tangan, mencerminkan bahwa hati kita sadar. Coba rasakan diri kita pribadi, betapa pedihnya jika dalam keadaan kekurangan, oleh karena itu janganlah acuh tak acuh, hanya diri sendirilah yang senang, karena mereka jadi fakir-miskin itu bukannya kehendak sendiri, namun itulah kodrat Tuhan”

“Hendaklah tolong menolong dengan sesama dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh terhadap agama maupun negara, sebaliknya janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan terhadap perintah agama maupun negara.

Cobalah renungakan pepatah leluhur kita:

” Hendaklah kita bersikap budiman, tertib dan damai, andaikan tidak demikian, pasti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna”. Karena yang menyebabkan penderitaan diri pribadi itu adalah akibat dari amal perbuatan diri sendiri.

Hubungi kami